Thursday, 3 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah

     Sememangnya dalam kehidupan ini setiap manusia akan menghadapi masalah dan dugaan.Ianya sudah menjadi lumrah hidup kita sebagai manusia dan masalah ini haruslah diselesaikan dengan menggunakan akal dan fikiran yang logik.

Masalah ada pelbagai kategori iaitu misteri,puzzle,dilema dan peluang.Masalah dan isu ialah dua perkara yang berbeza.Sesuatu masalah memerlukan satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.Masalah yang tidak diselesaikan dengan secepat mungkin akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan kelak.

Setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.4 ciri penting dalam diri individu yang menjadikan penyelesaian masalah berkesan ialah:


1.Motivasi yang kuat                                                                                                                  

     Sikap positif dan tidak mudah mengalah dalam diri penyelesai masalah dapat mengatasi segala kesukaran.Mereka tidak akan menganggap sesuatu masalah itu sebagai penghalang tetapi melihatnya sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk mengatasi masalah tersebut.Mereka tidak mudah mengaku kalah dan melihat masalah itu hanyalah bersifat sementara sahaja.Kemenangan adalah idaman mereka dan mereka tidak takut kepada misteri serta kesukaran.
2.Trait yang positif
       Sifat-sifat peribadi seseorang seperti emosi yang stabil boleh menyelesaikan masalah secara objektif.Trait psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting.Trait yang tidak kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain,Penyelesai masalah haruslah cerdik dan pintar serta tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani sesuatu isu.Trait psikologi yang terakhir ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosandi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  3.Jati diri
         Penyelesai masalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul.Mereka berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.Keadaan yang tidak menentu atau ketidakpastian tidak akan melemahkan semangat untuk menyelesaikan masalah.

 4.Membina kemahiran
          Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan pelbagai teknik model dalam penyelesaian masalah.Kaedah penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel pengurusan masalah

Contoh model penyelesaian masalah enam langkah (chang kelly, 1993):
  • kenal pasti masalah
  • Analisa punca masalah 
  • kenal pasti cara penyelesaian 
  • pilih penyelesaian yang terbaik
  • bentuk plan tindakan
  • pelaksanaan dan penilaian 

Contoh model penyelesaian masalah lapan langkah (Francis, 1990)
  • Tuning in
  • objective setting
  • success measurement
  • information collection
  • decision-making
  • planning
  • action
  • review to improve
Kategori masalah

1.Misteri
Satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan.Perkara ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian.Kadang kala sebabnya ada tetapi amat sukar hendak menghuraikannya.

2.Tugasan (assignment)
Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas mempericikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan beserta dengan objektif pencapaian.

3.Kesukaran (Difficulties)
Ada perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan.Pelaksanaannya amat rumit,mencabar dan kompleks.Berlaku atas dua sebab iaitu sama ada kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negatif atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri.kesukaran objektif ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran,ilmu pengetahuan dan motivasi.

4.Peluang
Perkara yang penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan.Usaha perlu ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya.

5.Tidak Pasti (Puzzles)
Di dalam beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.

6.Dilema
Situasa di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.Walaupun mempunyai maklumat yang cukup,namun tidak dapat dipastikan bahawa keputusan yang dibuat itu betul.Dalam dilema terdapat dua opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua opsyen itu kelihatan betul dan tepat.

No comments:

Post a Comment