Thursday, 3 December 2015

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
  1. mendefinisikan masalah
  2. mengkelaskan masalah
  3. tentukan objektif
  4. tentukan ukuran kejayaan
  5. kutipan data
  6. membuat keputusan
  7. melaksanakan keputusan yang diambil

Penilaian 
Sesuatu yang penting sebab ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.Perlu mengenalpasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Penyelesaian masalah secara saintifik
  1. mengadakan hipotesis 
  2. mengumpil maklumat
  3. membuat keputusan 
Penyelesaian masalah secara kreatif/lateral
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif pada masalah yang kita hadapi ialah terlalu mempermudahkan masalah itu,tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita dan tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan.
Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  1. Ia tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik,di mana cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betul atau salah,kuat atau lemah serta benar atau salah hujah fikiran kita.
  2. Ia tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk menemui kebenaran.
  3. Ia tidak bersifat vertical atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat.

Six Thinking Hats (1985) oleh Edward de Bono
Topi Hijau 
-Lambang pemikiran kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea.Dipakai pada peringkat permulaannya untuk mencari idea-idea alternatif.

Topi Kuning 
-Lambang pemikiran positif dan konstruktif.Dipakai untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea,terutama yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.

Topi Putih
-Lambang pemikiran objektif.Dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

Topi Hitam
-Lambang pemikiran negatif dan kritikal.Dipakai dengan tujuan mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

Topi Merah
-Lambang pemikiran emotif.Dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.

Topi Biru
-Lambang langit di atas.Dipakai oleh ketua untuk mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.


Six Action Shoes (1992) oleh Edward de Bono
  1. Kasut formal biru laut (Navy formal shoes),tindakan secara formal,biasa,mudah dan ringkas seperti kerja-kerja rutin.
  2. Kasut kelabu (Grey sneakers),tindakan secara penyelidikan,mencari bukti,maklumat dan idea baru.
  3. Kasut perang (Brown brogues),tindakan secara praktikal,nyata,lasak,tidak formal,fleksibel dan berkesan.
  4. Boot oren (Orange gumboots),tindakan secara cemas,krisis,risiko,segera dan berani.
  5. Selipar merah jambu (Pink slippers),tindakan secara prihatin,perikemanusiaan,kasih sayang,lemah lembut.mesra dan ikhlas.
  6. Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes),tindakan secara kuasa,rasmi,kepimpinan dan bertanggungjawab.
Penyelesaian masalah melalui perasaan
Bagi Solovey,kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama:
  • kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • kebolehan dalam pengurusan emosi
  • kebolehan meningkatkan motivasi
  • kebolehan mengenal emosi orang lain
  • kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian secara islam 
Mempunyai dua corak yang popular,iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.Kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi.

1.Pendekatan Hukum
Penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual.Sebenarnya dengan menyebut hukum,maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'I dan ijtihadi.Sebagai hukum yang sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan al-hadith,semuanya wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat,kecuali kerana sebab-sebab berikut:
  1. Darurat
  2. Penyakit
  3. Gila
  4. Pengsan
  5. Usia tua
  6. Cacat mental
Ciri-ciri syariat islam seperti berikut:
  1. Rabbani (ketuhanan)
  2. Alamiah (universal)
  3. Syumul (menyeluruh)
  4. Wasatiyyah (seimbang)
2.Pendekatan Sufi
Dianggap bersifat moral dan spiritual.Pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.Penyelesaian masalah melalui pendekatan ini memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok iaitu:hakikat masalah.sebab masalah dan kaedah penyelesaian.Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi :dimensi horizontal dan dimensi vertikal.Mengenai dimensi horizontal,proses tazkiyyat an-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri(takhalli) dari sifat-sifat buruk(mazmumah)dan menghias diri(tahaffi)dari sifat-sifat baik(mahmudah).


Kaedah Penyelesaian Masalah

     Sememangnya dalam kehidupan ini setiap manusia akan menghadapi masalah dan dugaan.Ianya sudah menjadi lumrah hidup kita sebagai manusia dan masalah ini haruslah diselesaikan dengan menggunakan akal dan fikiran yang logik.

Masalah ada pelbagai kategori iaitu misteri,puzzle,dilema dan peluang.Masalah dan isu ialah dua perkara yang berbeza.Sesuatu masalah memerlukan satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.Masalah yang tidak diselesaikan dengan secepat mungkin akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan kelak.

Setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.4 ciri penting dalam diri individu yang menjadikan penyelesaian masalah berkesan ialah:


1.Motivasi yang kuat                                                                                                                  

     Sikap positif dan tidak mudah mengalah dalam diri penyelesai masalah dapat mengatasi segala kesukaran.Mereka tidak akan menganggap sesuatu masalah itu sebagai penghalang tetapi melihatnya sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk mengatasi masalah tersebut.Mereka tidak mudah mengaku kalah dan melihat masalah itu hanyalah bersifat sementara sahaja.Kemenangan adalah idaman mereka dan mereka tidak takut kepada misteri serta kesukaran.
2.Trait yang positif
       Sifat-sifat peribadi seseorang seperti emosi yang stabil boleh menyelesaikan masalah secara objektif.Trait psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting.Trait yang tidak kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain,Penyelesai masalah haruslah cerdik dan pintar serta tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani sesuatu isu.Trait psikologi yang terakhir ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosandi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  3.Jati diri
         Penyelesai masalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul.Mereka berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.Keadaan yang tidak menentu atau ketidakpastian tidak akan melemahkan semangat untuk menyelesaikan masalah.

 4.Membina kemahiran
          Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan pelbagai teknik model dalam penyelesaian masalah.Kaedah penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel pengurusan masalah

Contoh model penyelesaian masalah enam langkah (chang kelly, 1993):
  • kenal pasti masalah
  • Analisa punca masalah 
  • kenal pasti cara penyelesaian 
  • pilih penyelesaian yang terbaik
  • bentuk plan tindakan
  • pelaksanaan dan penilaian 

Contoh model penyelesaian masalah lapan langkah (Francis, 1990)
  • Tuning in
  • objective setting
  • success measurement
  • information collection
  • decision-making
  • planning
  • action
  • review to improve
Kategori masalah

1.Misteri
Satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan.Perkara ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian.Kadang kala sebabnya ada tetapi amat sukar hendak menghuraikannya.

2.Tugasan (assignment)
Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas mempericikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan beserta dengan objektif pencapaian.

3.Kesukaran (Difficulties)
Ada perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan.Pelaksanaannya amat rumit,mencabar dan kompleks.Berlaku atas dua sebab iaitu sama ada kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negatif atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri.kesukaran objektif ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran,ilmu pengetahuan dan motivasi.

4.Peluang
Perkara yang penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan.Usaha perlu ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya.

5.Tidak Pasti (Puzzles)
Di dalam beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.

6.Dilema
Situasa di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.Walaupun mempunyai maklumat yang cukup,namun tidak dapat dipastikan bahawa keputusan yang dibuat itu betul.Dalam dilema terdapat dua opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua opsyen itu kelihatan betul dan tepat.