- mendefinisikan masalah
- mengkelaskan masalah
- tentukan objektif
- tentukan ukuran kejayaan
- kutipan data
- membuat keputusan
- melaksanakan keputusan yang diambil
Penilaian
Sesuatu yang penting sebab ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.Perlu mengenalpasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Penyelesaian masalah secara saintifik
- mengadakan hipotesis
- mengumpil maklumat
- membuat keputusan
Penyelesaian masalah secara kreatif/lateral
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif pada masalah yang kita hadapi ialah terlalu mempermudahkan masalah itu,tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita dan tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan.
Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Ia tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik,di mana cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betul atau salah,kuat atau lemah serta benar atau salah hujah fikiran kita.
- Ia tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk menemui kebenaran.
- Ia tidak bersifat vertical atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat.
Six Thinking Hats (1985) oleh Edward de Bono
Topi Hijau
-Lambang pemikiran kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea.Dipakai pada peringkat permulaannya untuk mencari idea-idea alternatif.
Topi Kuning
-Lambang pemikiran positif dan konstruktif.Dipakai untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea,terutama yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.
Topi Putih
-Lambang pemikiran objektif.Dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.
Topi Hitam
-Lambang pemikiran negatif dan kritikal.Dipakai dengan tujuan mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.
Topi Merah
-Lambang pemikiran emotif.Dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.
Topi Biru
-Lambang langit di atas.Dipakai oleh ketua untuk mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.
Six Action Shoes (1992) oleh Edward de Bono
- Kasut formal biru laut (Navy formal shoes),tindakan secara formal,biasa,mudah dan ringkas seperti kerja-kerja rutin.
- Kasut kelabu (Grey sneakers),tindakan secara penyelidikan,mencari bukti,maklumat dan idea baru.
- Kasut perang (Brown brogues),tindakan secara praktikal,nyata,lasak,tidak formal,fleksibel dan berkesan.
- Boot oren (Orange gumboots),tindakan secara cemas,krisis,risiko,segera dan berani.
- Selipar merah jambu (Pink slippers),tindakan secara prihatin,perikemanusiaan,kasih sayang,lemah lembut.mesra dan ikhlas.
- Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes),tindakan secara kuasa,rasmi,kepimpinan dan bertanggungjawab.
Penyelesaian masalah melalui perasaan
Bagi Solovey,kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama:
- kebolehan mengetahui emosi sendiri
- kebolehan dalam pengurusan emosi
- kebolehan meningkatkan motivasi
- kebolehan mengenal emosi orang lain
- kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian secara islam
Mempunyai dua corak yang popular,iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.Kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi.
1.Pendekatan Hukum
Penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual.Sebenarnya dengan menyebut hukum,maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'I dan ijtihadi.Sebagai hukum yang sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan al-hadith,semuanya wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat,kecuali kerana sebab-sebab berikut:
- Darurat
- Penyakit
- Gila
- Pengsan
- Usia tua
- Cacat mental
Ciri-ciri syariat islam seperti berikut:
- Rabbani (ketuhanan)
- Alamiah (universal)
- Syumul (menyeluruh)
- Wasatiyyah (seimbang)
2.Pendekatan Sufi
Dianggap bersifat moral dan spiritual.Pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.Penyelesaian masalah melalui pendekatan ini memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok iaitu:hakikat masalah.sebab masalah dan kaedah penyelesaian.Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi :dimensi horizontal dan dimensi vertikal.Mengenai dimensi horizontal,proses tazkiyyat an-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri(takhalli) dari sifat-sifat buruk(mazmumah)dan menghias diri(tahaffi)dari sifat-sifat baik(mahmudah).